Sunday, November 10, 2013

Senarai semak akaun akhirat




Pernahkah anda terjaga pada waktu pagi untuk solat subuh.... anda sedang berada di suatu kawasan yang sangat asing pada anda, gelap dan sejuk. Amat menakutkan bukan........apabila anda membuka mata anda rupa-rupanya anda berada di atas katil.Setelah itu pastinya anda amat bersyukur kerana masih bernyawa....andai anda atau kita telah berada di dalam alam sana....tiada siapa boleh menolong kita lagi hatta orang yang kita cintai.
Oleh itu, di bawah ini saya ingin kongsikan senarai semak perkara-perkara yang mesti diselesaikan sebagai persediaan menghadapi kematian. Mati itu pasti, samada kita sihat hari ini atau kita sedang sakit, muda atau tua, ia akan berlaku bila-bila masa. Mari kita usahakan menguruskan senarai semak akaun akhirat ini:
1) Rukun Iman kita sudah kita jaga, tidak terlibat dengan perkara-perkara yang menyekutukan ALLAH.
2) Rukun Islam kita juga dilaksanakan, mungkin menunaikan haji belum lagi, daftarlah haji usahakan ia.
3) Tinggalkan perkara-perkara haram.....sila semak pada diri sendiri....andai ada perkara haram yang dilakukan segeralah tinggalkan ia.
4) Berusaha untuk solat khusyuk,kalau nak tahu solat kita tu khusyuk ke tak, pas solat tu kita rasa tak roh solat tu....kalau kita rasa, alhamdulillah khusyukla....kalau tak teringat dah solat ke belum ni....maksudnyer solat kita tadi tu lum cukup khusyuk.
5) Perbanyakkan taubat, solat taubat dan beristigfar
6) Menulis hutang .....buat wasiat untuk selesaikan hutang.
7)Membuat amalan yang pahalanya berkekalan walaupun sudah meninggal dunia
    - mendidik anak soleh ( doa anak soleh)
    - sedekah jariah
    - ilmu yang bermanfaat terus mengalir pahala...
Mari usahakan.....
Alhamdulillah, berkat cuti hari ni boleh dengar segmen Pesona D zahra kt ikim.fm, bersama Ustaz Mohamad Amin boleh kongsikan kt sini.......