Monday, August 26, 2019

satu ayat 9 wakaf

satu ayat dalam satu surah
dibaca dengan sembilan wakaf
di mulai dengan perkataan ALLAH
Tuhan yang berhak disembah
Yang Kekal Hidup
 Lagi terus menerus menguruskan makhluknya

satu ayat dalam satu surah
mengambarkan keagungan dan kehebatan Sang Pencipta
Yang Tidak mengantuk dan tidak tidur
Segala yang ada di langit dan bumi adalah milikNYA


satu ayat dalam satu surah
Tiada yang dapat memberi syafaat tanpa izinNYADia mengetahui apa-apa yang di hadapanmu dan apa-apa yang dibelakangmu
kamu tidak mengetahui apa-apa melainkan apa yang dikehendakiNYA

satu ayat dalam satu surah
KekuasaanNYA meliputi langit dan bumi
IlmuNYA meliputi langit dan bumi
Dia tidak merasa berat memeliharanya
Dia Maha Tinggi dan Maha Besar

satu ayat dalam satu surah
punyai banyak kelebihan kepada pembacanya
diamalkan selepas solat ke syurga jaminannya
dibaca sebelum tidur malaikat akan menjaga
melindungi perjalanan jika dibaca ketika bermusafir


Sunday, April 21, 2019

Mencipta bahagia dengan membahagiakan orang lain

Terngiang-ngiang di telingaku bait-bait lagu hakikat bahagia nyanyian kumpulan UNIC. Benarlah bait-bait lirik tersebut ....bahagia itu suatu ketenangan.

Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran

Bahagia itu suatu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata,gembira dan tenang. Sepanjang hidup ini, perasaan bahagia itu dapat dirasai apabila berada bersama pelajar, melihat wajah anak-anak didik yang bakal mencorak masa depan.Bahagia bila dapat menunaikan impian mak dan abah. Bahagianya bila melihat mak dan abah gembira. Tenangnya rasa bila menggembirakan mak dan abah. Semoga perasaan ini kekal hingga akhir ayat. Ya ALLAH bantulah kami dalam menyantuni kedua ibu bapa kami.Jauhilah kami dari menjadi anak derhaka.
Bergambar di rumah saudara abah di felda Chini
Antara ahli keluarga yang turut serta dalam siri ke Johor
Persinggahan pertama di rumah saudara abah sebelum meneruskan perjalanan ke Johor merupakan suatu perancangan yang baik. Ini kerana ia boleh mengeratkan silaturrahim dan berkenalan dengan saudara mara. Bahagia tercipta dengan membahagiakan orang lain.















Sunday, March 31, 2019

KENANGAN TERINDAH DI BUMI PENUH BARAKAH 1

Bagaikan mimpi sudah beberapa bulan telah berlalu musim haji tahun 2018 1439m. Keputusan yang mak lakukan untuk membawa aku bersamanya mengerjakan haji kusambut dengan penuh rasa tanggungjawab. Aku kebimbangan dan pelbagai persoalan timbul di minda. Sejujurnya aku memang ingin mengerjakan haji sebelum berusia 40 tahun dan sebelum berkahwin. Di sini ku kongsikan detik-detik gembira dan cemas...
Adik-adik dan abang-abang yang menghantar kami di lapangan terbang KLIA. Debaran nak pergi dan melalui perjalanan yang jauh.


Kami baru sahaja tiba di Jeddah airport. Sedang menunggu pegawai bertugas untuk membawa kami ke maktab dan hotel.
Mak dengan Al-Qurannya...dia punyai target untuk khatam...nenek kat sebelah mak. Nenek dah meninggal setelah 40 hari kembali dari Tanah suci
Sebahagian jemaah wanita furada...ustazah dan makcik-makcik yang menunaikan haji bersama.
Di Muzdalifah....kutip batu untuk melontar.