Friday, May 27, 2011

Manusia adalah kita

Manusia adalah kita
Punya jiwa dan akal
Bezanya kita dengan haiwan
Pada akal kita
Andai kita tidak manfaatkan akal
Kita telah jatuh menjadi haiwan

Manusia adalah kita
Di bumi kita lah pemakmur dan perosak
Kita telah dipilih berbanding makhluk lain
Untuk memakmurkan bumi
Kita bertanggungjawab ke atas bumi
Kerana ALLAH telah menggangkat darjat kita
Lebih tinggi dari makhluk bernama jin

Manusia adalah kita
Namun kini lihatlah adakah kita pemakmur bumi
Atau perosak bumi
Adakah kita akan membenarkan kata-kata
Makhluk bernama jin 'manusia akan rosakkan bumi'
Tika ALLAH memilih kita
Wahai manusia...
Laksanakan lah amanah
Sebagai Khalifah di muka bumi

2 comments:

  1. Assalamualaikum Razimah,

    Ramai orang lupa yg dia ni manusia...maaf cakap. Setengah tu lebih teruk dr hewan, kan?

    ReplyDelete
  2. a'ah,cikgu, manusia kalau dia baik, dia boleh mengatasi malaikat tapi kalau dia bertuhankan nafsu, dia lebih hina dari haiwan.

    ReplyDelete