Ketika masih menuntut di Management Science University lagi, ku berhasrat menunaikan umrah. Ingin melihat peninggalan sejarah Islam, tempat bermulanya Islam tersebar. Tapi untuk ke sana memerlukan belanja yang besar. Aku cuba menyertai pertandingan yang hadiahnya adalah umrah atau wang tunai. Namun ianya terasa amat payah sekali. Menyimpan duit begitu sukar sekali kerana aku masih bergelar seorang pelajar yang hanya bekerja part time hujung minggu.
Pada tahun 2008, aku tamat belajar ijazah dan bekerja sebagai guru ganti kerana alasan nak dapatkan pengalaman agar mudah mohon KPLI. Itu nasihat abangku yang kedua. Dia mahu aku jadi guru begitu juga mak.Bagiku tugas guru sangat mulia, aku tidakla semulia itu.Aku takut tak dapat menjadi guru yang baik.
Akhirnya pada 3 Ogos 2008 aku telah ditawarkan jawatan tutor sebuah kolej swasta di Kota Bharu. Aku terima tawaran tersebut bermulalah episod di negeri cik siti wan kembang. Selama dua tahun setengah aku bekerja, akhirnya aku berjaya mengumpul duit untuk membolehkan aku menunaikan umrah walaupun ianya belum mencukupi. Aku berhajat untuk menunaikan umrah sebelum menamatkan zaman bujangku.
Memang benar kata orang banyak dugaan jika ingin melakukan perkara baik. Alhamdulillah, ujian itu telah berlalu, aku redha. Setelah meninjau pakej umrah di bawah Tabung haji Travel melalui laman web.Pada hujung bulan januari 2011, aku yakin untuk mendaftar umrah dengan tabung haji. Passport telah dibuat di Kota Bharu, mak, abah dan adikku membuat passport di Kulim. Aku pulang ke kampung,begitu juga adikku. Kami pergi ke Tabung haji Cawangan Taiping, bertanyakan mengenai pakej umrah untuk wilayah utara yang terdiri dari negeri Pulau Pinang, Perak dan Kedah.Namun begitu untuk tarikh yang ku pilih iaitu 14 april hingga 24 april sudah penuh.
Aku berbincang dengan abah,mak dan adikku, mengenai sebab mahukan tarikh tersebut kerana ia adalah melalui penerbangan Malaysia Airlines. Untuk tarikh yang lain pada bulan sama ia adalah dari penerbangan negara lain.Oleh itu fahamla mereka mengapa aku berkeras inginkan tarikh tersebut.Lalu aku bertanyakan pada pegawai tabung haji mengenai kekosongan tempat bagi wilayah Timur iaitu bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Alhamdulillah, ada lagi tempat, kami pun terus mendaftar.
Tarikh 14 april pun tiba, berdebar-debar rasa hati melangkah kaki menaiki pesawat Malaysia airlines MH150. Niatku adalah untuk mencari redha ilahi. Pengalaman umrah akan ku kupas nanti...seronoknya hanya ALLAH yang tahu.
No comments:
Post a Comment