Sunday, November 10, 2013

Senarai semak akaun akhirat




Pernahkah anda terjaga pada waktu pagi untuk solat subuh.... anda sedang berada di suatu kawasan yang sangat asing pada anda, gelap dan sejuk. Amat menakutkan bukan........apabila anda membuka mata anda rupa-rupanya anda berada di atas katil.Setelah itu pastinya anda amat bersyukur kerana masih bernyawa....andai anda atau kita telah berada di dalam alam sana....tiada siapa boleh menolong kita lagi hatta orang yang kita cintai.
Oleh itu, di bawah ini saya ingin kongsikan senarai semak perkara-perkara yang mesti diselesaikan sebagai persediaan menghadapi kematian. Mati itu pasti, samada kita sihat hari ini atau kita sedang sakit, muda atau tua, ia akan berlaku bila-bila masa. Mari kita usahakan menguruskan senarai semak akaun akhirat ini:
1) Rukun Iman kita sudah kita jaga, tidak terlibat dengan perkara-perkara yang menyekutukan ALLAH.
2) Rukun Islam kita juga dilaksanakan, mungkin menunaikan haji belum lagi, daftarlah haji usahakan ia.
3) Tinggalkan perkara-perkara haram.....sila semak pada diri sendiri....andai ada perkara haram yang dilakukan segeralah tinggalkan ia.
4) Berusaha untuk solat khusyuk,kalau nak tahu solat kita tu khusyuk ke tak, pas solat tu kita rasa tak roh solat tu....kalau kita rasa, alhamdulillah khusyukla....kalau tak teringat dah solat ke belum ni....maksudnyer solat kita tadi tu lum cukup khusyuk.
5) Perbanyakkan taubat, solat taubat dan beristigfar
6) Menulis hutang .....buat wasiat untuk selesaikan hutang.
7)Membuat amalan yang pahalanya berkekalan walaupun sudah meninggal dunia
    - mendidik anak soleh ( doa anak soleh)
    - sedekah jariah
    - ilmu yang bermanfaat terus mengalir pahala...
Mari usahakan.....
Alhamdulillah, berkat cuti hari ni boleh dengar segmen Pesona D zahra kt ikim.fm, bersama Ustaz Mohamad Amin boleh kongsikan kt sini.......


Saturday, March 2, 2013

Hidup ini memang payah

  • Hidup ini memang payah Hidup memang payah, ku terima ku berserah, hati ini bila pasrah yang susah mudah....inilah bait-bait lirik lagu Hidup ini memang payah nyanyian Yasin Sulaiman.Terasa payah meneruskan kehidupan ini, entah mengapa tak ku temui sebabnya.... Telah difirmankan dalam Al-Quran, bahawa manusia dilahirkan dengan susah payah dan akan menghadapi kepayahan,  
  •  
  •  Layarkan kehidupan ke destinasi pilihan
  •  nikmatilah keindahan yang tak dijanjikan. 
  •  Hayatilah keperitan baru bisa mengertikan kemanisan,
  •  kebesaran rahsia kebenaran.
  •  Yang tinggal kita mencari hidupnya tanda misteri kita tafsirkan sukar diertikan
  •  Hidup ini memang payah kadang gelap kadang cerah
  •  hati ini jika resah siksa jiwa takkan sudah Hidup ini memang payah kuterima kuberserah hati ini bila pasrah yang susah bisa mudah
  •  Bersama yang susah adanya mudah bersama yang susah mudah
  •  Arus deras kehidupan dikejar dan ditinggalkan terima yang ditakdirkan tulus kesyukuran
  •  Dalam jiwa perperangan duka resah sendirian kita dalam pengorbanan pinta keampunan.

Friday, December 28, 2012

Sakit hati....PHD



Hati raja dalam badan manusia, baik nya hati baikla seluruh anggota. Oleh itu jagala hati sebaik mungkin.Hati boleh sakit bila ada penyakit-penyakit hati seperti penyakit hasad dengki, cemburu buta dan sifat-sifat mazmumah.Hati atau hepar dalam istilah sains adalah tempat pemusnahan racun yang masuk ke dalam tubuh ia dikenali sebagai first pass metabolism.




Persoalannya bagaimana nak jaga hati....amalkan sunnah Rasulullah s.a.w iaitu beristigfar selalu, membaca AlQuran dan berzikir.
Di hari pembalasan kelak, hati yang bersih akan menolong kita.
Hati tempat bertembungnya kebaikan dan kejahatan.Banyak lagi pasal hati yang kita perlu tahu....jagala hati lagu kumpulan nasyid snada, tombo hati pun lagu juge. Jom la jaga hati, bila hati tenang,jiwa tenteram, bahagia je....

Monday, May 7, 2012

Jodoh


'Dah kawin ke? Anak dah berapa orang?....Belum, tapi ada dua anak;anak mata dan anak tekak. Inilah soalan lazim yang biasa ditanya pada anak-anak dara ketika majlis keramaian di kampung. Mungkin mereka suka mengambil tahu atau mengambil berat urusan orang lain. Ada juga yang suka membandingkan dengan anak-anak orang lain yang sebaya.
Jodoh sama seperti rezeki,ia datang tiba-tiba dan oleh diambil semula juga dengan tiba-tiba. Biarpun kita berusaha mencari jodoh dengan pelbagai cara namun andai belum masanya lagi,kita tidak akan bertemu jodoh.
Pasti ramai akan bercakap terutama jiran di kampung,sabarkan hati andai anda sudah mencapai usia patut kawin tetapi belum bertemu jodoh yang sesuai.Bagi mereka yang bercakap dan bertanya,tolong sedar bahawa zaman sekarang ni amat payah mencari yang baik. Kalau ikutkan rasa binasa,ikutkan hati mati dan ikutkan nafsu lesu....ikut iman pasti selamat....Ya ALLAH, hadirkanlah seorang suami yang boleh menjadi imam solatku...pembimbing,pelindung ingin kubina sebuah keluarga sakinah yang mengikut acuanMU.....Ya ALLAH,bimbinglah daku dalam membuat pilihan, sesungguhnya pilihanMU adalah yang terbaik.....

Friday, January 27, 2012

Sedarkah kita

Takutlah kita
Akan kemurkaan ALLAH
siksaan yang pedih
dan amat berat
tunaikan amanah kita
sebelum Izrail datang menjemput

Siapa kita
Tanpa iman dan amal
Di kubur kita berseorangan
hanya dua perkara
teman sejati
agar tidak alpa
akibat noda
musuh berdusta
syaitan, nafsu dan dunia

Walau kita
Takut untuk mati
tapi itu adalah pasti
masanya saja tak pasti
urusan Ilahi
bercucuk tanamlah di dunia
tuaila hasilnya di sana kelak
negeri yang kekal abadi.

Di Kala Seruan Azan

Tabuh berbunyi
Azan berkumandang
Radio meraung
Televisyen menjerit
Manusia ghairah
Aksi siaran tak berkesudahan
Syaitan ketawa
Lantaran ramai teman
dalam neraka

Seruan azan sayup,
Meskipun pembesar suara
Mahal lagi canggih
jika setiap rumah
masih tuli dengan waktu solat
tetapi arif siaran hiburan
lalai dalam episod drama
entahkan bila seruan ditunaikan
tepat pada waktunya.

Friday, May 27, 2011

Manusia adalah kita

Manusia adalah kita
Punya jiwa dan akal
Bezanya kita dengan haiwan
Pada akal kita
Andai kita tidak manfaatkan akal
Kita telah jatuh menjadi haiwan

Manusia adalah kita
Di bumi kita lah pemakmur dan perosak
Kita telah dipilih berbanding makhluk lain
Untuk memakmurkan bumi
Kita bertanggungjawab ke atas bumi
Kerana ALLAH telah menggangkat darjat kita
Lebih tinggi dari makhluk bernama jin

Manusia adalah kita
Namun kini lihatlah adakah kita pemakmur bumi
Atau perosak bumi
Adakah kita akan membenarkan kata-kata
Makhluk bernama jin 'manusia akan rosakkan bumi'
Tika ALLAH memilih kita
Wahai manusia...
Laksanakan lah amanah
Sebagai Khalifah di muka bumi