Monday, May 7, 2012

Jodoh


'Dah kawin ke? Anak dah berapa orang?....Belum, tapi ada dua anak;anak mata dan anak tekak. Inilah soalan lazim yang biasa ditanya pada anak-anak dara ketika majlis keramaian di kampung. Mungkin mereka suka mengambil tahu atau mengambil berat urusan orang lain. Ada juga yang suka membandingkan dengan anak-anak orang lain yang sebaya.
Jodoh sama seperti rezeki,ia datang tiba-tiba dan oleh diambil semula juga dengan tiba-tiba. Biarpun kita berusaha mencari jodoh dengan pelbagai cara namun andai belum masanya lagi,kita tidak akan bertemu jodoh.
Pasti ramai akan bercakap terutama jiran di kampung,sabarkan hati andai anda sudah mencapai usia patut kawin tetapi belum bertemu jodoh yang sesuai.Bagi mereka yang bercakap dan bertanya,tolong sedar bahawa zaman sekarang ni amat payah mencari yang baik. Kalau ikutkan rasa binasa,ikutkan hati mati dan ikutkan nafsu lesu....ikut iman pasti selamat....Ya ALLAH, hadirkanlah seorang suami yang boleh menjadi imam solatku...pembimbing,pelindung ingin kubina sebuah keluarga sakinah yang mengikut acuanMU.....Ya ALLAH,bimbinglah daku dalam membuat pilihan, sesungguhnya pilihanMU adalah yang terbaik.....