Sunday, April 21, 2019

Mencipta bahagia dengan membahagiakan orang lain

Terngiang-ngiang di telingaku bait-bait lagu hakikat bahagia nyanyian kumpulan UNIC. Benarlah bait-bait lirik tersebut ....bahagia itu suatu ketenangan.

Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran

Bahagia itu suatu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata,gembira dan tenang. Sepanjang hidup ini, perasaan bahagia itu dapat dirasai apabila berada bersama pelajar, melihat wajah anak-anak didik yang bakal mencorak masa depan.Bahagia bila dapat menunaikan impian mak dan abah. Bahagianya bila melihat mak dan abah gembira. Tenangnya rasa bila menggembirakan mak dan abah. Semoga perasaan ini kekal hingga akhir ayat. Ya ALLAH bantulah kami dalam menyantuni kedua ibu bapa kami.Jauhilah kami dari menjadi anak derhaka.
Bergambar di rumah saudara abah di felda Chini
Antara ahli keluarga yang turut serta dalam siri ke Johor
Persinggahan pertama di rumah saudara abah sebelum meneruskan perjalanan ke Johor merupakan suatu perancangan yang baik. Ini kerana ia boleh mengeratkan silaturrahim dan berkenalan dengan saudara mara. Bahagia tercipta dengan membahagiakan orang lain.