Friday, December 28, 2012

Sakit hati....PHD



Hati raja dalam badan manusia, baik nya hati baikla seluruh anggota. Oleh itu jagala hati sebaik mungkin.Hati boleh sakit bila ada penyakit-penyakit hati seperti penyakit hasad dengki, cemburu buta dan sifat-sifat mazmumah.Hati atau hepar dalam istilah sains adalah tempat pemusnahan racun yang masuk ke dalam tubuh ia dikenali sebagai first pass metabolism.




Persoalannya bagaimana nak jaga hati....amalkan sunnah Rasulullah s.a.w iaitu beristigfar selalu, membaca AlQuran dan berzikir.
Di hari pembalasan kelak, hati yang bersih akan menolong kita.
Hati tempat bertembungnya kebaikan dan kejahatan.Banyak lagi pasal hati yang kita perlu tahu....jagala hati lagu kumpulan nasyid snada, tombo hati pun lagu juge. Jom la jaga hati, bila hati tenang,jiwa tenteram, bahagia je....

Monday, May 7, 2012

Jodoh


'Dah kawin ke? Anak dah berapa orang?....Belum, tapi ada dua anak;anak mata dan anak tekak. Inilah soalan lazim yang biasa ditanya pada anak-anak dara ketika majlis keramaian di kampung. Mungkin mereka suka mengambil tahu atau mengambil berat urusan orang lain. Ada juga yang suka membandingkan dengan anak-anak orang lain yang sebaya.
Jodoh sama seperti rezeki,ia datang tiba-tiba dan oleh diambil semula juga dengan tiba-tiba. Biarpun kita berusaha mencari jodoh dengan pelbagai cara namun andai belum masanya lagi,kita tidak akan bertemu jodoh.
Pasti ramai akan bercakap terutama jiran di kampung,sabarkan hati andai anda sudah mencapai usia patut kawin tetapi belum bertemu jodoh yang sesuai.Bagi mereka yang bercakap dan bertanya,tolong sedar bahawa zaman sekarang ni amat payah mencari yang baik. Kalau ikutkan rasa binasa,ikutkan hati mati dan ikutkan nafsu lesu....ikut iman pasti selamat....Ya ALLAH, hadirkanlah seorang suami yang boleh menjadi imam solatku...pembimbing,pelindung ingin kubina sebuah keluarga sakinah yang mengikut acuanMU.....Ya ALLAH,bimbinglah daku dalam membuat pilihan, sesungguhnya pilihanMU adalah yang terbaik.....

Friday, January 27, 2012

Sedarkah kita

Takutlah kita
Akan kemurkaan ALLAH
siksaan yang pedih
dan amat berat
tunaikan amanah kita
sebelum Izrail datang menjemput

Siapa kita
Tanpa iman dan amal
Di kubur kita berseorangan
hanya dua perkara
teman sejati
agar tidak alpa
akibat noda
musuh berdusta
syaitan, nafsu dan dunia

Walau kita
Takut untuk mati
tapi itu adalah pasti
masanya saja tak pasti
urusan Ilahi
bercucuk tanamlah di dunia
tuaila hasilnya di sana kelak
negeri yang kekal abadi.

Di Kala Seruan Azan

Tabuh berbunyi
Azan berkumandang
Radio meraung
Televisyen menjerit
Manusia ghairah
Aksi siaran tak berkesudahan
Syaitan ketawa
Lantaran ramai teman
dalam neraka

Seruan azan sayup,
Meskipun pembesar suara
Mahal lagi canggih
jika setiap rumah
masih tuli dengan waktu solat
tetapi arif siaran hiburan
lalai dalam episod drama
entahkan bila seruan ditunaikan
tepat pada waktunya.