Monday, April 4, 2011

Asuhlah anak-anakmu sendiri

Mak kata aku tak suka budak-budak. Itulah pernyataan yang mak berikan kerana aku dibesarkan oleh nenek, tiada adik. Dimanja setiap hari oleh Tok Ayah, tok dan mak saudara.Hakikat yang sebenarnya aku adalah kakak sulung yang mempunyai enam orang adik.
Tatkala aku mengetahui aku mempunyai adik yang ramai ketika aku berada di sekolah rendah. Mak dan abah dah berusaha mengambil aku dari rumah tok, namun amat susah bagiku untuk menyesuaikan diri di rumah mak.Amat terseksa hatiku apabila aku dibawa pulang ke rumah mak.Aku akan menangis setiap malam mengenangkan tok dan tok ayah. Oleh kerana tidak tahan melihat keadaanku,abah telah mengambil keputusan menghantar aku ke rumah tok semula.
Aku balik rumah bila cuti sekolah sahaja. Puas kedua-dua abangku memujukku agar menetap di rumah mak.Aku bukan tak suka pada mak.Aku tak biasa duduk kat rumah mak. Abangku yang sulung menerangkan padaku peristiwa silamku,hal kejadian aku dijaga oleh tok. Dia mengatakan tiada siapa nak menjagaku ketika itu, mak baru bersalin adikku. Aku seorang kanak-kanak aktif dan nakal.
Disebabkan itu,tok membawa aku pulang ke rumahnya. Aku dijaga sehingga berumur 6 tahun. Percubaan pertama mak dan abah membawaku pulang ke rumah mak. Percubaan itu gagal. Aku masih tinggal dengan tok sehingga aku dewasa.Hingga kini, kenangan itu masih segar di ingatanku. Ada hikmah disebalik kejadian tersebut. Inila aku yang diasuh oleh tok. Kekadang aku pelik memikirkan, mak memiliki anak-anak yang ramai, tanpa aku, rumah mak masih ceria seperti biasa fikirku. Namun hakikatnya, bukan begitu,mak inginkan aku bersama-sama dalam keluarga. Aku kekadang tertekan bila terpaksa menjaga dua hati.Hati mak dan hati tok.
Aku menyimpulkan sendiri, asuhla anak-anakmu sendiri, nanti susah kemudian hari. Akan berlaku perbandingan cara asuhan,pertelingkahan dan yang paling memeningkan kepala memuaskan hati kedua-dua pihak.Aku selalu memilih jalan tengah.Hingga kini aku belum berjaya menjaga hati mereka.Kita hanya merancang,ALLAH jua menentukannya.
Fikir-fikirkanlah ya razimah............ada hikmah tersembunyi.

Friday, December 17, 2010

Sekolah Kehidupan

Setiap insan pasti melalui sekolah ini. Bukan sekolah rendah dan menengah yang maksudkan di sini. Sekolah kehidupan adalah pengalaman hidup yang mematangkan fikiran sebagai insan. Terpulang kepada individu tersebut menerima pengalaman hidupnya secara positif atau negatif. Jika negatif yang diambil,semakin lemah peribadi individu tersebut.Sebaliknya, jika positif selalu, anda akan cemerlang.

Positifkanlah diri anda....

Hidup ini umpama roda, kekadang kita gembira, sedih, kecewa, marah dan sebagainya.
Ingatla ia adalah warna yang menyerikan perjalanan kita sebelum menuju negeri abadi.
Kekadang kita tertekan, fikirkanlah orang lain yang lebih susah dari kita. InsyALLAH kita akan bersyukur dengan segala pemberian ILAHI.

Thursday, December 16, 2010

Cuti-cuti di Shah Alam

Wah, best juge dah sampa shah alam subuh tadi. Mujur cikgu ada lepak rumah dia. Sempat gi sarapan kt Singgahanrasa. Kenangan belajar kt KUTPM dulu jalan kaki ke kelas. Petang ni nak jalan-jalan kat pusat bandar. Kebetulan ada dinner PTPL MSU boleh juge bercuti rehatkan minda di bandaraya Shah Alam.

Friday, November 13, 2009

Nota Bab 2

Sila download nota.
Pastikan ada nota semasa kelas
>>Download

Semester Okt 2009

Selamat datang student baru

Masa

Ramai orang kata masa itu berharga
masa itu bernilai
masa umpama emas
bagiku masa adalah nyawa
semakin berlalu masa
semakin hampir kepada kematian

Masa itu nyawa
Ia tidak boleh dikembalikan
Jika masa itu emas
Emas boleh digadai
Tapi masa bila ia berlalu
Tiada kembali

Masa muda kita
Adakah kita dapat ulangi semula...
Masa lapang
Adakah kita manfaatkan ia
Masa sihat kita
Adakah kita guna sebaik mungkin

Mari kita fikirkan
Adakah masa kita dipergunakan
Sebaik mungkin..

Selamat berkenalan


Assalamualaikum,
Apa khabar semua?