Monday, May 16, 2011

Umrah dan ziarah bersama TH travel



Catatan ini rentetan umrah dan ziarah bersama keluarga pada tanggal 14 April hingga 24 April 2011 bersama TH travel. Mengapa Th travel dipilih, kerana aku pemegang akaun tabung haji dan semua ahli keluarga yang pergi bersama ada akaun tabung haji senang kira. Sebenarnya ada banyak dengaq cite org habaq ikut travel agensi kena tambah duit sana sini. Tak mau bagi jadi lagu tu la. Nak had baguih la...

Hari pertama 14 April 2011 kul 3.00 petang waktu malaysia
Pesawat MH 150 membawa kami para tetamu ALLAH ke Jeddah. Sampai kat Jeddah kul 7.20 malam waktu tempatan.Sebelum mendarat, panaroma lampu-lampu pelbagai warna kelihatan dari jendela kapal terbang. Hatiku girang dan teruja ingin tahu bagaimana rupa bandar ini pada siang hari. Semasa di KLIA, aku telah diberitahu oleh pegawai tabung haji bahawa kami peserta dari wilayah timur ni ( Kelantan, Terengganu dan Pahang) akan bermalam di Jeddah kerana hotel di Madinah sudah penuh.Kami di bawa melawat Jabal Uhud ketika di Madinah.

Hari kedua 15 April kul 2.00 petang waktu tempatan arab saudi
Kami diminta berkumpul setelah makan tengahari untuk bertolak ke Madinah Munawwarah.
Perjalanan ke Madinah mengambil masa lebih kurang lima jam. Alhamdulillah kami selamat malam tu,malah sempat juga kami masuk ke Raudhah.Pengalaman memasuki Raudhah, oleh kerana Raudhah adalah kawasan berhampiran makam Rasullullah dan tempat nabi berucap.Kawasan ini dikenali sebagai taman syurga, kerana ia adalah satu salah taman syurga yang ada di bumi. Maka dengan itu, ramaila umat Nabi Muhammad S.A.W berpusu untuk masuk ke Raudhah. Untuk wanita waktu masuk Raudhah adalah pukul 9.00 malam hingga 11 malam, 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 1 tengahari hingga 2 petang. Manakala kawasan untuk wanita adalah dua tiang sahaja.Kawasan Raudhah ini mempunyai karpet berwarna hijau dan kuning.Latar kuning air ( krim) dan bunga berwarna hijau.
Terdapat dua tiang di bahagian hadapan yang bercat hijau dan emas. Tiangnya lebih cantik berbanding tiang-tiang yang lain.
Bagi jemaah dari Malaysia dan Indonesia yang berbadan kecil, selalunya akan menunggu giliran dengan membiarkan jemaah dari negara Asia Barat masuk dahulu. Ini kerana mereka berbadan besar dan dan suka merempuh jemaah lain. Namun begitu, kali pertama kami masuk ke Raudhah, kami tidak masuk bersama jemaah dari Malaysia. Kami hanya boleh berdoa dalam keadaan berhimpit-himpit.



Inilah permandangan masjid Nabawi di Kota Madinah.Bersolat di sini sungguh tenang.
Aku hampir menitis air mata kerana tidak percaya bahawa aku sedangg bersolat di Masjid Nabi.Di Madinah ada Rasulullah di Mekah ada Kaabah. Kami belum lagi ke Tanah haram Makkatul Mukaramah. Dua malam kami bermalam di Madinah. Peluang ini kami gunakan sebaik mungkin bersolat jemaah setiap waktu dan memasuki Raudhah.

Kali kedua kami ke Raudhah, kali ini nengikut jemaah dari Malaysia dan bersama seorang ustazah dari Indonesia.Dia menceritakan sejarah dan menunjukkan kawasan Raudhah pada kami.Aku dan adikku sempat bersolat dalam keadaan yang cemas. Kali ketiga kami pergi lagi membawa mak. Kali ni aku dan adikku menjadi penghadang agar mak dapat bersolat dan berdoa di Raudhah. Alhamdulillah..... kami berjaya.

Makkatul Mukarramah
Kami tiba di Makkah lebih kurang pukul 10 waktu Arab Saudi. Check in hotel dan terus menunaikan umrah pertama kami. Malam itu kami bertawaf mengelilingi Kaabah. SubhanALLAH, perasaan seronok, kagum dan lain-lain tak tahu nak cite ni, melihat Kaabah, mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali sambil berzikir. Lepas tu bersaie dan bercukur. Esoknya kami naik teksi ke Taneem untuk bermiqat.



Umrah kali kedua berlaku dengan lancar, umrah kali ketiga mencabar jiwa dan raga kerana badan kami sudah penat. Alhamdulillah berjaya juga. Umrah kali keempat bersama Th Travel, bermiqat sahaja di bawa oleh pihak Th. Manakala menunaikannya adalah secara bersendirian.



Antara gambar di Marwah, pengalaman menarik di Makkah- aku menjadi tukang gunting tak bertauliah. Lantaran menunggu mak dan adikku siap bersaie. Kami terpisah ketika bertawaf dan berjanji jumpa di marwah. Aku bersama abah manakala adikku bersama mak. KAmi sudah selesai bersaie dan azan asar pun berkumandang, kami bersolat dahulu. Abah tinggalkan aku dan berjanji datang semula selepas solat. selepas solat memang abah datang padaku, tapi kerana tiba-tiba aku di datangi ramai jemaah wanita dari Shah Alam, abah pun menghilang entah ke mana. Aku teringat bahawa janji kami bertemu di Marwah. Aku pun berjalan ke Marwah seorang diri. Di Marwah, aku duduk sambil memerhatikan kelibat mak dan adikku. Tiba-tiba datang dua orang jemaah Indonesia meminta aku bertahalul. Aku pun tolong mereka, sudah selesai mereka berdua, datang lagi, wanita lain....lebih kurang lima orang juga la.

Aku duduk lagi sambil tunggu mak,abah dan adikku. Akhirnya nampak kelibat abah, tersenyum melihatku.Tak lama kemudian mak dan adikku pun selesai bersaie. Mak dan adikku duduk bersamaku setelah selesai bersaie, ada adik comel di sebelah ku. Aku mengusiknya,dia tersenyum padaku.Sukanya hatiku...ibu adik comel ini juga suka padaku dan bertanya aku sudah berkahwin ke belum, aku menjawab 'La',dia mendoakanku.Aku mengaminkan doanya.



Gambar ini aku berada di puncak Jabal Rahmah, tempat bertemunya Nabi Adam dan Hawa setelah 200 tahun di turunkan ke bumi. Aku ingin tahu bagaimana keadaan di atas Jabal Rahmah ini, maka aku dan adikku pun mendakinya. Pada batu-batu di sekitar Jabal Rahmah ini ditulis nama pasangan yang pernah datang. Kami juga ditawarkan untuk menulis, aku menolak.Kami turun melalui tangga yang dibina. sungguh sayu melihat kanak-kanak tanpa tangan.Tak sanggup mataku memandang mereka.


Setelah tujuh malam berada di Tanah Haram, jadual pulang ke Malaysia. Dalam perjalanan ke lapangan terbang kami dibawa melawat Masjid Rahmah - masjid terapung di Jeddah.Gambar di atas ini adalah gambar mak dan abah di hadapan masjid Rahmah.

Alhamdulillah,kini kami selamat pulang ke Malaysia. Walaupun dah hampir sebulan aku telah meninggalkan Tanak Haram, rindu hatiku pada Tanah Haram masih segar di hatiku. Kekadang aku terngiang-ngiang lagi suara imam di Masjidil Haram. Rindunya...nak pergi lagi. Ya ALLAH,murahkanlah rezeki kami,agar kami dapat jadi tetamu -Mu lagi.

Th Travel - alhamdulillah, aku berpuas hati dengan khidmat yang diberikan. Mak dan abah pun nampaknya berpuas hati. Aku telah pun merekemenkan Th Travel pada abang sulungku yang juga merancang untuk menunaikan umrah.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Razimah, Alhamdulillah dpt gak ziarah blog awak. Tengah exam, tak sempat nak blogwalk. Cantik pengalaman dan gambar2 yg awak upload. InsyaAllah dgn doa awak cikgu sampai ke sana tahun...doa-doakan selalu ya.

    ReplyDelete
  2. insyALLAH cikgu, masanya akan tiba.amin ya rabbal alamin.

    ReplyDelete